 |
 |
 |
|
|
Wednesday, June 08, 2005
Pengantin...
utk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka
(ehsan:webkl.NET~!)
::PUteri TUnggal::
Tolong Ingatkan Aku Yer...
Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
usah diluka hati dan perasaan mereka
Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan
Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah AlQuran
Tika radio penuh hiburan
Tika TV penuh Hindustan
Tolong ingatkan aku
Dimana Islamnya zahirku
Jika aurat didahkan
Disingkat, diketat, dijarangkan
Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya diserahkan jiwa
Segala-galaNya Dialah tumpuan
Monday, June 06, 2005
Adat Perpatih Negeri Sembilan
Sejarah kedatangan adat perpatih ke N.sembilan adalah berkait rapat dengan kedatangan peneroka-peneroka orang-orang Minangkabau kerana penyerapan adat itu ke dalam masyarakat di sini adalah selaras dengan kedatangan mereka. Penduduk N.Sembilan kebanyakan mereka berasal dari Tanah Minangkabau di Sumatera Barat. Apabila mereka berhijrah ke negeri ini, mereka membawa bersama-sama cara hidup dan warisan kebudayaan yang diamalkan di negeri asal mereka.
N.Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem adat perpatih atau dikenali juga sebagai sistem matrilineal, di mana keturunan seseorang itu disusurgalurkan
mengikut sebelah ibu(nisab ibu). Adat perpatih dapat dianggap sebagai satu kawalan sosial dan
merupakan satu sistem kekerabatan yang amat
liberal dan menyeluruh. Justeru itu, terdapat beberapa konsep dalam adat ini yang menunjukkan hubungan kekrabatan seperti jurai, perut, suku dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, dari segi asal-usul adat ini, pada hari ini masyarakat N.Sembilan pada teorinya terpecah kepada 12 kumpulan yang dipanggil suku. Suku adalah merupakan kesatuan
yang pada zaman awal berbentuk pengwilayahan yang diberi nama-nama tertentu iaitu:-
(1.) Suku Biduanda/Waris
(2.) Suku Batu Hampar
(3.) Suku Paya Kumbuh
(4.) Suku Mungkal
(5.) Suku Tiga Nenek
(6.) Suku Seri Melenggang
(7.) Suku Seri Lemak
(8.) Suku Batu Belang
(9.) Suku Tanah Datar
(10.) Suku Tiga Batu
(11.) Suku Anak Aceh
(12.) Suku Anak Melaka
Dari segi pentadbiran, adat perpatih adalah adat yang meliputi keseluruhan kehidupan ahlinya. Jadi, di samping mengaturkan kehidupan sosioekonominya, ia juga mempunyai sistem
tadbir politik yang tersendiri. Untuk tujuan ini perbilangan adat mengatakan:
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku bertua
Anak buah berbuapak
Orang Semenda tempat semenda
Dagang berpantun
Perahu bertambatan
Ini bermaksud bahawa tiap-tiap luak atau daerah mempunyai seorang ketua atau pemerintah
tertentu yang bergelar PENGHULU atau sekarang ini UNDANG. Jawatan undang ini digilirkan di
kalangan ahli dalam suku biduanda atau waris.
Dalam sistem adat perpatih penduduk-penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Kumpulan yang paling asas ialah kumpulan yang dinamakan PERUT. Anggota kumpulan ini terdiri
dari keturunan nenek yang satu. Ketua perut ialah seorang lelaki yang dinamakan ibu bapa.Kumpulan yang besar daripada perut dinamakan suku iaitu terdiri daripada perut-perut yang ada tali persaudaraannya. Kedudukan suku adalah di bawah lembaga yang dipilih daripada ahli perut. Pemilihannya adalah mengikut giliran yang telah ditentukan. Di atas lembaga ialah undang,
dipanggil Datuk Undang.
Adat ini dilaksanakan hampir sepenuhnya dalam berbagai-bagai aspek kehidupan dalam
masyarakat iaitu penentuan pentadbiran, pembahagian kuasa politik, pembahagian dan urusan tanah pusaka, penyusunan prinsip nikah kahwin dan sebagainya. Sebagai suatu peraturan
hidup yang berdasarkan kepada kepentingan bersama bergotong royong dan demokrasi, adat ini
sentiasa dipertahankan keutuhan dan kewibawaannya.
Keturunan dalam adat perpatih adalah menerusi pihak perempuan. Menurut adat seseorang anak
adalah masuk pihak ibunya dan dia dianggap tidak ada pertalian dengan suku bapanya. Adat ini amat besar pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat yang berkenaan. Menurut hukum syarak
seseorang itu boleh berkahwin dengan anak perempuan kakak atau adik ibunya. Tetapi perkahwinan semacam ini adalah dianggap sumbang pada sisi adat perpatih. Bagi mereka, anggota-anggota dalam satu suku semuanya dikira sangat rapat persaudaraannya iaitu disifatkan sebagai suatu keluarga besar. Sehubungan dengan ini masyarakat adat perpatih di anak lebih rapat lagi perhubungannya dengan bapa saudara sebelah ibu daripada bapa saudara sebelah bapanya.
MERDEKA!! kedengaran laungan kemerdekaan diluar kawasan liputan..walaupun belum menjelang 31 Ogos,tapi laungannya sayut-sayutan 2 bulan lebih awal..Merdeka dari imtihan lebih bermakna dari dijajah oleh kuasa asing ( menurut sesetengah pendapat yg sanadnya terputus)<br><br>
Si empunya harddisk bertebaran ke seluruh pelusuk kampung mencari cerita setelah kitab di tutup,harddisk di gendong seberat 40 ke 120 gega...meredah arus,merentas jalan untuk mencari cerita setelah kitab ditutup...
Cerita akan ditutup setelah kitab di buka...sekian!
Tuesday, May 31, 2005
Peringatan Buat Diriku Yang Lupa
RASULULLAH ialah manusia yang paling rupawan, dermawan dan dicintai. Sebagai manusia contoh, yang mana akhlak serta peribadinya dibentuk Allah, setiap kalimat Rasulullah menjadi ikutan serta pedoman kita semua.
Di sini diperturunkan beberapa hadis Rasulullah yang wajar menjadi renungan serta ikutan kita:
# Barang siapa menganggap sesuatu ajaran atau perintah itu berasal dariku, padahal sebenarnya bukan dariku, orang itu akan masuk neraka;
# Pengumpat atau penabur fitnah bakal masuk neraka;
# Amal kebajikan seseorang itu akan mencegah bencana yang akan datang;
# Menemui kawan kita dengan perasaan gembira dan mengundang mereka untuk makan, adalah perbuatan orang yang suka beramal;
# Memberi perhatian terhadap jiran tetangga dan mengirim hadiah kepada mereka juga satu amalan orang yang suka beramal;
# Jangan mengharapkan kematian sebelum waktunya tiba;
# Barang siapa yang sihat dan mampu bekerja, tetapi tidak bekerja untuk dirinya atau untuk orang lain, nescaya Allah benci padanya;
# Mereka yang mencapai sesuatu kehidupan yang jujur adalah kekasih Allah;
# Allah mengasihi orang yang memperoleh kehidupan cemerlang hasil usahanya sendiri dan bukannya dengan cara mengemis;
# Barang siapa keluar rumah dengan niat untuk mengemis, nescaya Allah akan membuka baginya kemiskinan;
# Ya Allah, jagalah diriku ini daripada ketidakampunan dan kemalasan;
# Orang yang memonopoli perdagangan adalah orang yang berdosa;
# Tinta ulama itu lebih suci daripada darah syuhada;
# Barang siapa melakukan perjalanan untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan baginya jalan ke syurga;
# Carilah ilmu, kerana orang yang mencari ilmu bererti berada di jalan Allah dan melaksanakannya suatu amalan yang soleh;
# Orang yang suka berbicara mengenai ilmu bererti memuji Allah, yang mencarinya bererti mencintai Allah, yang mengajarnya bererti memberikan sedekah, yang menanamkannya kepada sasaran yang tepat bererti berlaku setia kepada Allah;
# Ilmu memungkinkan pemiliknya membezakan apa yang dilarang dan yang tidak, ilmu adalah sinar ke syurga, teman di padang pasir, sahabat di waktu kesunyian dan sahabat ketika kehilangan teman;
# Ilmu membimbing kita menuju kebahagiaan, menahan kita daripada kesengsaraan. Ilmu adalah perhiasan kita bersama teman. Dengan ilmu, makhluk Allah muncul di puncak kebajikan dan memperoleh kedudukan mulia, menghubungkan kita dengan yang paling berkuasa di dunia ini serta membantu kita mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan;
# Orang yang paling buruk adalah orang yang tidak berilmu dan orang yang terpelajar adalah yang terbaik;
# Musuh Allah yang paling besar adalah mereka yang mengaku Islam dan melakukan tindakan yang tidak Islam, serta menumpahkan darah manusia tanpa sebab;
# Jauhkan dirimu daripada penyakit iri hati kerana iri hati itu menelan dan menghapuskan perbuatan baik, seperti api memakan dan membakar kayu;
# Orang yang berpuasa tetapi tidak meninggalkan dusta dan suka menabur fitnah, maka Allah tidak mempedulikan puasanya;
# Sesungguhnya Allah mencintai seorang Muslim yang sedikit keluarganya dan menahan diri daripada perbuatan yang haram dan tidak suka mengemis;
# Orang yang paling mulia dalam pandangan Allah ialah orang yang suka memaafkan orang yang melukakan hatinya di saat dia mempunyai kekuatan untuk membalasnya; dan
# Tidaklah kuat dan berkuasa seseorang yang menjatuhkan orang lain tetapi orang yang kuat itu ialah yang dapat menahan dirinya daripada amarah.
Tuesday, April 26, 2005
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt
membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya
sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap
kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita
boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit
(susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas
membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau
migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli
sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara
dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.
dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang
berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah
menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan
cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis
yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion
(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika
dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung
di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,
tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa
menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah tuhan akan
mengandakan 10 kali kepadanya.
Keluasan Neraka, Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik
ra. berkata:
Jibrail datang Kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak
biasa datang dalam
keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a.
w.: "Mengapa aku
melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku
datang kepadamu di
saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api
neraka, maka tidak
layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam
itu benar, dan
seksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar
untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan
padaku sifat
Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan Selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan
seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka ia hitam gelap,
tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg
mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana
panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu pergelangan
dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan
di atas bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya
akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya,
Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas
campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada
tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang
aki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya
bagaikan pintu-pintu
rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, sesetengahnya
di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk
masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang
munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan
mukjizat nabi Isa a. s.
serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat
orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga
tempat orang shobi'in
bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan
pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama
Huthomah. Pintu ke
enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w.
sehingga
ditanya:"Mengapa tidak Kau terangkan penduduk pintu ke
tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar
keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di
pangkuannya sehingga
sedar kembali, dan sesudah sedar nabi saw bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku
yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu."
Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga
menangis, kemudian nabi
s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar
kecuali untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan
orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
melakukan maksiat
Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000
rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
(Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
telah Kami
Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk
hidayat, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci,
mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.)
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
bersabda:"Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat...
Sama² kita insaf menginsafi;
Wednesday, April 20, 2005
Malam ini...
Perasaan terasa sunyi...
Terawang awang mingingati mu kasih....
Kekasih...
Adakah engkau sama seperti ku...
Merasai peritnya menahan rindu...
Kekasih...
Aku rindu...
Rindu padamu...
Pada redupnya renungan matamu...
Pada senyuman dan tawamu...
Kekasih...
Inikah cinta namanya...
Bila rindu jadi bualan...
Bila wajahmu sering diingatan...
Kekasih...
Aku amat menyintaimu..
Semoga cinta kita dirahmati...
Semoga kasih kita diredhai..
Kekasih...
Menyintaimu satu kemestian...
Menyayangimu satu kewajiban...
Kerana aku cinta mu selamanya.....
nuriezatie
iskandariah
Monday, April 18, 2005
Tanda-Tanda Takut Kepada Allah!!
Assalamualaikum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh..
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
ALLAH S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Hasyr ayat ke 18 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH dengan mengerjakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA, dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan iaitu dari amal-amalnya untuk hari esok iaitu Hari Akhirat. Dan bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan."
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada ALLAH dengan seluruh anggota badannya. Sebagaimana ABUL Laits telah berkata : "Tanda-tanda takut kepada ALLAH itu kelihatan di dalam tujuh perkara."
Pertama, pada lisan. Menghindarkan diri daripada berdusta,mengumpat,menyebar fitnah, berbual kosong, dan banyak cakap. Malah hendaklah menyibukkan diri dengan berzikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hati. Membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap saudara sesama muslim. Hasad dengki merupakan penyakit hati yang amat merbahaya. Tidak ada ubat bagi penyakit hati selain daripada ilmu dan amal.
Ketiga, pada pandangan. Tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang diharamkan. Malah tidak terpikat kepada dunia. Tetapi memandangnya dengan mengambil ikhtibar. Sabda Rasulullah S.A.W : "Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara yang haram, maka ALLAH akan memenuhinya daripada api, pada hari Kiamat."
Keempat, pada perut. Tidak diisi dengan makanan dan minuman yang haram.Sabda Rasulullah S.A.W : "Manakala sesuap daripada barang haram masuk dalam perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka."
Kelima, pada kedua tangan. Tidak digunakan untuk mengerjakan perkara-perkara yang haram. Tetapi hanya digunakan untuk berbuat taat kepada ALLAH S.W.T.
Keenam, pada kedua kaki. Tidak digunakan untuk menuju ke tempat maksiat. Tetapi digunakannya untuk melangkah membuat taat, mencari keredhaan, serta bercampur gaul dengan para ulama' dan orang-orang soleh.
Ketujuh, terlihat pada ketaatan. Menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH. Takut daripada perasaan riak dan munafik.
Barangsiapa melakukan tujuh perkara seperti di atas, maka dia termasuk di dalam kategori orang-orang yang dikatakan ALLAH di dalam Surah Al Hijr ayat 45 yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga dengan mata air-mata air terpancar padanya."
Maka dengan itu hendaklah kita tidak berputus asa di dalam mengharapkan rahmat ALLAH S.W.T di dalam mengerjakan ibadat.
Wallahu a'lam.....
Friday, April 15, 2005
Makam Sheikh Mutawali Sha'rawi
Makam Saidi Ahmad Badawi
Makam Saidi Shibli
Makam Saidi Khamis
|
|
 |